Ahad, 17 Mei 2009

ISLAM DAN PERPADAUAN

Islam adalah ugama suci dari Allah S.W.T. dan diakui dan diterima olehNYA. Islam agama yang pentingkan kepada perpaduan dan kesejahteraan ummah. Kekuatan sesebuah negara itu adalah kerana ummahnya dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W. menjadikan perpaduan sebagai asas kepada pembinaan negara Madinah. Dengan perpaduan ini juga baginda dapat menyatukan berbagai puak di kota Madinah yang sebelum ini perpecahaan dan peperangan menjadi pilihan dalam mementukan kepala pemerintah. Perpaduan yang diasakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja dapat memajukan kota Madinah malah agama Islam dapat dikembangkan keseluruh negara hingga kekota Rome, Palsi malah hari ini ianya berkembang kepelusut dunia. Islam adalah agama toleransi dan mengajar umatnya menghormati penganut agama lain.


Dinegara kita yang penuh dengan kerahmatan dari Allah S.W.T. seharusnya kita bersyukur kehadratnyaNYA. Berasaskan kepada perpaduan kaum maka negara ini mengecapi kemerdekaan dan kemajuan hingga kehari ini. Alhamdullilah. Amin !!!!!!